Sunday, May 3, 2009

X-Men Origins: Wolverine Best ke???

X-Men-Origins-Wolverine-1501Image by plynoi via Flickr



Aku baru aje habis menonton cerita ini. Memang best dan menarik. Bagi yang meminati wolverine ini adalah cerita untuk anda. Aku bagi 8 bintang dari 10. Di dalam movie ini diceritakan siapa sebenarnya Wolverine, memang asalnya adalah dari puak mutan.

X-Men origins ini membawa flashback bagaimana bermulanya cerita mutan. Perkembangannya adalah disebabkan oleh Colonel William Stryker maka semua cerita ini bermula. Aku paling berminat dengan Wade atau Weapon XI, binatang yang dicipta oleh Colonel William Stryker untuk membunuh Wolverine.

Segalanya bermula adalah kerana Colonel William Stryker cuba membuat kajian dan menghasilkan senjata moden untuk menentang puak-puak mutan. Cuma 3 hasil yang berjaya diciptanya iaitu Wolverine, Weapon XI dan anaknya sendiri.

Bagi aku cerita ini mesti ditonton. Ianya padat dengan aksi dan komedi. Jadi apa tunggu lagi jangan asyik online je... korang online ke ni???





Reblog this post [with Zemanta]

0 comments: