Thursday, May 21, 2009

Cuti-Cuti Ke Pulau Mabul Sabah




Pemandangan Pulau Mabul dari udara

KENAL DULU PULAU MABUL

Wow!.. Memang cantik Pulau Mabul di Semporna Sabah ini. Pulau Mabul dikata kan adalah diantara 5 tempat menyelam terbaik di dunia kini. Anda Semua boleh amati keindahan Pulau Mabul ini melalui filem Duyung yang dibintangi oleh Saiful Apek Dan Maya Karin. Pulau Mabul ini terletak di pesisir pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia.

Pulau ini terkenal kerana dekat dengan Pulau Sipadan. Pulau seluas 21 hektar ini lebih besar dari Pulau Sipadan dan menjadi tempat tinggal kaum Bajau Laut yang merupakan salah satu etnik pribumi Negeri Sabah. Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak batu karang pelbagai jenis. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana banyaknya makanan plankton . Dasarnya tidak dalam, sesuai dengan kejadiannya sebagai pentas benua di Laut Sulawesi. Kedalaman sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti 'scuba diving'. Banyak sekali hidupan eksotik seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau, ketam, rumpai laut dan lain-lain lagi.

Alamak banyaknya ikan

tengok bestnya dia menyelam bersama penyu di Pulau Mabul

Apabila melihat gambar di atas ini membuatkan aku tidak sabar-sabar hendak kesana. Sesekali kena jugak rest dari online dan kerja untuk cuti-cuti Malaysia. Ok mari kita selidik lagi tentang Pulau Mabul ini.

BAGAIMANA HENDAK KE PULAU MABUL

Pemandangan Sipadan Water Village Resort

Memandangkan bandar Semporna tidak mempunyai lapangan terbang maka anda dinasihatkan agar menempah penerbangan ke Tawau dan mengatur supaya pengendali lawatan anda nanti menjemput anda untuk perjalanan selama satu jam ke jeti di Semporna. Perjalan bot ke Pulau Mabul mengambil masa 30 minit dari Semporna dan 20 minit dari Pulau Sipadan. Bagi mereka yang datang dari Semenanjung Malaysia bolehlah menempah tiket melalui Air Asia atau Malaysia Airlines ke Kota Kinabalu atau terus ke Tawau. Mungkin perjalanan anda pada hari pertama akan menyebabkan diri terasa penat tetapi kepenatan itu akan hilang apabila anda mula menjejakkan kaki di Pulau mabul itu nanti. Apa yang mampu anda lakukan masa itu hanyalah tersenyum puas dan sepuas-puasnya kerana anda dapat mengecapi keindahan alam ciptaan tuhan.


PENDUDUK PULAU MABUL



Pulau Mabul terbahagi kepada dua bahagian kampung. Satu dikenali dengan kampung ” Musu ” iaitu kawasan yang di diami oleh suku Palauk ( Orang Asli Laut ) dan satu lagi di diami oleh suku Suluk ( Pelarian Perang Filipina – Morror ). Suku Suluk ini apa yang saya tahu berasal dari selatan Filipina dan melarikan diri ke pulau ini lebih kurang 20 yang lalu.

Mereka di iktiraf sebagai ” Pelarian Perang ” oleh United Nation . Mata pencarian mereka memancing ikan Tuna dan Ikan yu. Mereka beragama Islam dan amat taat dengan Agama . Namun peredaran masa membuatkan mereka terpaksa menerima hakikat dengan cara pakaian dan budaya pelancong dari luar negara. Kehidupan mereka boleh dikatakan mulai maju dan dari segi ekonomi mereka adalah lebih baik dari suku Palauk.

Kebanyakan dari mereka telah memiliki keterangan diri sebagai Warga negara Malaysia. Mereka juga mahir dalam membuat perahu yang dikenali dengan nama ” Jongkong ” dan perahu ini menjadi simbol Pulau Mabul. Cara pembuatan tidaklah menggunakan peralatan moden sepenuhnya kerana kebanyakan alat yang digunakan adalah tradisional. Kini tidak ramai lagi warga tua pembuka Pulau ini dikalangan mereka, namun warisan mereka kekal dan diteruskan oleh anak dan cucu hingga ke hari ini.




DIMANA INGIN ANDA MENGINAP DI PULAU MABUL

Di Pulau Mabul ada tersedia resort-resort yang menanti kedatangan anda. Setiap penginapan disertakan dengan pakej-pakej yang menarik. Anda cuma perlu menempah lebih awal supaya mendapat tempat yang selesa. Antara resort yang dapat anda sewa ialah :-



Sipadan water village resort

Sila lawat laman Sipadan water Village resort


Borneo Divers Resort

Sila lawat laman Borneo Divers

Seaventures Dive Platform resort

Sila lawat laman Seaventures Dive Platform

Mabul Water Bungalows

Sila lawat lamanMabul Water Bangalows

Anda boleh terus menempah pakej yang tersedia di resort-resort di atas atau pun di resort-resort yang lain. penting buat anda adalah menilai dahulu sesuatu resort sebelum membuat tempahan.

AKHIRNYA

Tiada yang terindah selain dari tanah airku sendiri. ihatlah betapa indahnya ciptaan tuhan yang menjadikan banyak tempat di Malaysia sebagai syurga destinasi pelancongan dunia kini. Sebagai rakyat Malaysia kita semestinya berbangga dan kita bersama-sama menjaga keindahan tempat-tempat pelancongan ini. Aku berharap suatu hari nanti aku akan dapat menjejakkan kaki ke Pulau mabul ini. Selain pulau ini banyak lagi pulau-pulau pelancongan yang terdapat di malaysia. Kita cuma membuat pilihan mengikut budget sendiri.

Salam dari saya buat semua. Online saya ke Pulau mabul tamat di sini, Anda semua Online ke tu???.








Reblog this post [with Zemanta]

Tuesday, May 19, 2009

Senang ke Nak Kaya Dengan Ebay?

online ke tu???




EBayImage via Wikipedia



Hari ini aku menyusur masuk online ke laman-laman motivasi peniagaan. Aku bermula dengan laman-laman web Mat-mat Saleh. Macam-macam ayat killer mereka ni. Aku bagi la sikit untuk korang semua review how to sell physical products online..?, How to Sell Downloadable Products Online..?, how to sell other people products online..?. dan macam-macam lagi la. Aku memang telah lama dan selalu menyusur laman web yang sebegini kerana aku mencari ilmu meniaga di dalam dunia maya ni. Kalau ada rezeki mana kita tahu kot-kot boleh jadi macam Irfan Khairi muda-muda dah jadi jutawan.

KUNCI PERNIAGAAN ONLINE

Apa kunci meniaga dalam internet ni? Aku pun tak pasti lagi. Ada ramai orang cakap nak cepat kaya meniagalah di ebay. Eh... betul ke tu? Betul atau tidak aku kena cari laman-laman berkaitan dengan ebay dulu... Kita cuba periksa satu persatu adakah betul atau pun tidak apa yang mereka cakap tentang ebay tu.

Sebelum kita mula selidik ebay ni kita mesti tahu apa tu sebenarnya ebay. Menurut Paypal indonesia Ebay itu adalah adalah pusat jual-beli dan lelong barang yang terbesar didunia secara online. Ditubuhkan oleh Pierre Omidyar sebagai AuctionWeb pada tahun 1995. Maknanya Ebay ni dah berusia 14 tahun la sekarang ni. Cara urusniaga di dalam ebay ini menggunakan paypal. Cara ini dikatakan lebih selamat dan terjamin. Malah ada juga cara yang lain iaitu e-gold, westernunion, moneybookers dan lain-lain lagilah korong boleh cari sendila la.

BAGAIMANA BERMULA

Bagaimana pula nak berniaga di Ebay? Cara untuk bermula berniaga ni rumit sikit walau pun banyak kita dengar orang cakap mudah. Sebenarnya tidak mudah yang disangkakan. Kalau aku nak ceritakan satu persatu bagaimana nak mula susah sikit, tapi aku ada satu ebook panduan asas Ebay percuma. Korang boleh download DISINI kalau nak tahu macam mana nak bermula berniaga dengan Ebay ni. Buku panduan asas ini membantu dalam cara mendaftar di ebay. dan juga di paypal siap dengan gambar sekali. Jadi senang la korang nak faham. Korang juga boleh melawat blog-blog yang membincangkan tentang ebay ni supaya korang semua boleh menilai dan membuat sikit kajian bagaimana berniaga dengan Ebay ni. Antara Blog dan laman web yang boleh anda pergi ialah Matzis, Irfan Khairi Blog, Ebay toturial dan macam-macam lagi la... Ha.. bila korang dah baca semua tu korong mesti tersenyum sebab mudah sangat nak meniaga di Ebay sebenarnyakan. Jadi apa lagi berjuanglah demi memenuhkan poket korang yang hujung bulan je kering tu.

KEGAGALAN

Jadi bila dah bermula mesti kita ingat senang je. Tetapi sebenarnya tidak!!!
Aku membaca banyak komen dan post-post di banyak blog bercerita tentang kegagalan berniaga secara online di Ebay. Mengikut teorinya dari 100% yang berniaga di Ebay ini cuma 5% sahaja yang berjaya. Kemana perginya yang 95% tu???. Wow.. Ingatkan macam berniaga pisang goreng kat tepi jalan je, berniaga pisang goreng tu pun belum tentu untung oii. Kenapa pulak jadi macam tu???. Aku pun tak tahu.

Tetapi untuk post kali ini aku cuba-cuba juga mencari sebabnya. Antaranya gegalan tersebut adalah kerana korang kena bersaing dengan lebih kurang 20 hingga 30 juta peniaga di Ebay. Cuba korang baca post ini Faktor kegagalan di Ebay. Korang juga kena mahir dalam SEO barulah anda mudah berjalan dan terus berlari laju. Jadi jawapannya bukan Senang Nak Kaya dengan Ebay. Korang kena belajar dan terus belajar untuk berjaya walau dalam apa bidang sekali pun.

KESIMPULAN

Aku ni bukan pandai tentang Ebay ni tetapi aku masih belajar dan terus belajar. Begitu jugalah dengan korang semua. Dalam apa sekali pun perniagaan Online ini yang penting kita mesti faham cara internet atau pun dunia maya ini terlebih dahulu. Kemudian baru kita mencari cara untuk nenbuat pendapatan melaluinya. Sekarang banyak E-book tentang perniagaan yang dijual. Ambil peluang dan cuba belajar dari E-book tersebut. Aku yakin satu hari nanti korang akan berjaya dalam dunia internet online ini. Cuba cari peluang dan buat peluang untuk diri korang tu berjaya ek. Aku nak Online ketempat lain. Korang Online Ke Tu???

online ke tu?? via blog







Stumble Upon Toolbar



Reblog this post [with Zemanta]