Saturday, May 2, 2009

Excident ke Kemalangan?


Hari ini aku penat sikit. Urusan semalam membuatkan badan ni rasa macam tak selesa pulak. Ada sesiapa yang nak syorkan aku apa-apa minuman herba yang boleh meningkatkan tenaga dan kesihatan?

Aku online hari ni dengan membaca Utusan Online. Satu berita membuatkan aku sedih...Dua Maut Nahas 3 Kereta. Banyak belaku kemalangan sejak kebelakangan ini. Adakah kerana jumlah kenderaan yang meningkat di atas jalan atau pemandu kini yang tidak mengamalkan pemanduan yang selamat?

Apa-apa pun kita memandu mestilah mengamalkan pemanduan yang selamat. Jangan ikutkan hati. Bak pepatah orang tua-tua "ikut hati mati". Ingatlah orang yang kita sayang ek.
Jangan disebabkan nak cepat 30 minit kita mengorbankan nyawa yang tiada lagi spare partnya ye.

Aku nak teruskan online... korang tu online ke mana? kongsi-kongsi la dengan aku ek..

online ke tu??? blog

Ajal Kian Tiba Jua

leafy offeringsImage by Darwin Bell via Flickr


Dalam sibuk-sibuk kita semua menyambut 1 Mei (hari Buruh) aku tiba-tiba dikejutkan dengan 1 call dari adik aku yang mengkhabarkan berita kematian sepupu aku. Baru je lepas solat Jumaat aku bergegas ke Kg Melayu Subang.

Sedih menyelubungi keluarga sepupu aku. Tapi nak buat macam mana yang pergi tak akan kembali. Aku terus bertindak bagaikan ahli kariah kawasan tersebut. Alhamdullilah selepas isyak semuanya selesai.

Jam sekarang menunjukkan pukul 4.19 pagi. Aku harus tidur kerana esok aku kerja...

Walau pun begitu aku tetap online... korang online ke tu???

ps: Al-fatihah - kepada seluruh arwah-arwah yang lebih dulu menuju ke alam barzah

Thursday, April 30, 2009

Liberalisasi... Apa tu?



Manfaat liberalisasi kewangan merancakkan aktiviti ekonomi

PEMBUKAAN pasaran yang dibuat atas nama liberalisasi ke atas sektor kewangan negara yang sering kali diperkatakan sebelum ini, menerima reaksi yang positif. Banyak pihak menjangkakan pelbagai faedah bakal diraih negara melalui dasar baru ini.

Tindakan itu dipercayai akan mampu merancakkan lagi aktiviti perniagaan, sekali gus mengembangkan ekonomi negara dengan menjadikan sektor berkenaan lebih berdaya saing dan dinamik.

Pengumuman langkah liberalisasi sektor kewangan melibatkan sistem konvensional dan Islam membawa kepentingan besar untuk industri perbankan Malaysia.

Pemberian dua lesen perbankan Islam kepada pelabur asing misalnya sejajar dengan objektif Malaysia untuk dibangunkan sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa.

Kep...baca artikel ini seterusnya di dalam blog PM 1Malaysia

Aku hari ini online menyusur ke laman Perdana Menteri yang amat aku hormati. Idea-idea beliau memang hebat. Banyak kejutan-kejutan yang beliau lakukan demi untuk menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara maju yang hebat di mata dunia.

Aku melihat beliau menitik beratkan tentang kemakmuran rakyat lebih dari segalanya. Kita duduk dalam sebuah negara yang Majmuk dan maksud 1 Malaysia yang dilaungkan oleh beliau amat aku puji dan aku tanamkan di dalam diri. Korang semua online ke laman 1Malaysia dan bacalah amanat-amanat beliau malah beliau juga menulis diari beliau di dalam laman tersebut. Aku nak terus membaca... korang teruskan online..

Reblog this post [with Zemanta]

Monday, April 27, 2009

Cari Kerja Online

Flag of MalaysiaImage by elmar via Flickr


Panas sungguh cuaca hari ini. Sampai malam terus terasa bahangnya lagi. Tapi seperti biasa aku tetap online. Korang semua online ke tu???.

Hari ini aku melayari laman-laman cari kerja di Malaysia. Andainya ada kerja yang sesuai dengan aku boleh la jugak aku cuba try. Untung-untung dapat. Sekarang ini banyak syarikat yang mula buat masalah kepada pekerja-pekerjanya. Ye la mana la tahu bila pekerja tu tak tahan lagi dia akan berhenti la kerja dengan syarikat tu. Kuranglah beban syarikat nak tanggung. Kalau nak buat perbehantian kerja secara sukarela alamat banyak la syarikat tu kena keluar modal. Susah jugakkan. Tapi takpe, aku online hari ini untuk melayari laman-laman cari kerja kat Malaysia ni. Mari korang semua sama-sama dengan aku melayari sama-sama.

Dalam perkara cari kerja online ni, antara laman pencari kerja yang paling popular adalah Jobstreet. Nama je dah menggambarkan kerja jalan, tapi bukan la kerja jual barang yang berjalan-jalan tu (salesman) macam-macam kerja ada kat dalam tu. Siap boleh pilih nak kerja gaji yang banyak mana. Pilih tempat kerja, sampai nak kerja oversea pun ada. Ikut selera koranglah nak keja yang macam mana. Jangan lupa tengok jugak kelayakkan yang korang ada jangan main hentam je isi. Laman ini bagi aku hanya bagi mereka yang mahukan jawatan-jawatan pertengahan. Banyak juga jawatan-jawatan yang rendah boleh diisi. Paling penting korang mampu berbahasa inggeris.

Selain dari Jobstreet saya juga melayari laman my.monster. Laman ini lebih kurang macam jobstreet tapi buka je laman ni terus korang kena isi resume dulu. Cara nak pilih dan cari kerja kat dalam tu sama je macam jobstreet. Laman-laman yang seangkatan dengan laman-laman ini adalah asiajob, workforce, starjobs, jobmarket dan banyak lagilah yang aku tak dapat nak tulis dalam ni. Buat semua yang penting cari la kerja yang terbaik untuk diri sendiri. Kerja dengan syarikat swasta ni gajinya lebih dan mudah untuk kenaikkan pangkat.

Aku online jugak ke laman cari kerja sektor kerajaan. Kerja dengan kerajaan ni terjamin sikit walaupun gajinya tidak la macam bekerja swasta. Tapi kemudahan untuk membuat pelbagai pinjaman amat banyak. Oleh kerana itu ramai kini memilih untuk bekerja dalam sektor kerajaan. Bukan apa kalau susah nak dapat pinjaman susah la sikit nak beli rumah, kereta malah nak berkahwin sekarang ni pun kebanyakkan orang meminjam. Kalau korang rasa nak bekerja dengan kerajaan cepat-cepat la daftarkan diri anda di gov.my dan jobmalaysia.

Carilah kerja bagi yang menganggur dan dibuang kerja. Macam-macam cara kita boleh cari bersumberkan online ataupun surat khabar. Jangan malu atau segan bertanya pada kawan-kawan kalau-kalau kat tempat diorang tu ada kerja kosong. Cukup-cukuplah kita menyusahkan ayah dan ibu kita. Cepat-cepatlah korang cari kerja. Online tetap online. Online pun satu kerja jugakkan. Yang penting korang online ke tu???

Aku nak teruskan online... jumpa lagi esok dengan cerita tentang online terbaru.



Reblog this post [with Zemanta]

Online ke?

Municipality of El NidoImage via Wikipedia

Penat jugak aku hari ni... Hari minggu pun bekerja. Dah nak buat macam mana dah semestinyalah kena kerja juga. Sewa kena bayar, hutang, macam-macam la..

Sambil dengar lagu malam ni aku online. Awak semua ni online ke???. Penting online ni dalam dunia yang semakin canggih. Sampai nak cari kerja pun kena online. Hari ni aku nak kongsi satu blog dengan semua.

Blog ni menarik sangat bila aku baca... Banyak jugak ilmu aku dalam dalam blog ni tentang Islam khasnya bab tasawuf. Aku cerita kat semua tapi tak bagi linknya tak best la pulak. Ni link dia Manusia dan Islam tajuk blog dia. Kalau awk semua ada kelapangan bacalah blog tu. Dapat jugak ilmu.

Ha.. sampai sinilah hari ni.. esok kita sambung lagi. Online ke atau tak kita tetap hidup jugakkan. Tapi nak online tu jangan la rosakkan dengan melawat laman-laman porno ek. Itulah nasihat dari aku.

Aku nak bersantai dulu...

Babai dan jumpa sok.

Reblog this post [with Zemanta]