Thursday, April 30, 2009

Liberalisasi... Apa tu?



Manfaat liberalisasi kewangan merancakkan aktiviti ekonomi

PEMBUKAAN pasaran yang dibuat atas nama liberalisasi ke atas sektor kewangan negara yang sering kali diperkatakan sebelum ini, menerima reaksi yang positif. Banyak pihak menjangkakan pelbagai faedah bakal diraih negara melalui dasar baru ini.

Tindakan itu dipercayai akan mampu merancakkan lagi aktiviti perniagaan, sekali gus mengembangkan ekonomi negara dengan menjadikan sektor berkenaan lebih berdaya saing dan dinamik.

Pengumuman langkah liberalisasi sektor kewangan melibatkan sistem konvensional dan Islam membawa kepentingan besar untuk industri perbankan Malaysia.

Pemberian dua lesen perbankan Islam kepada pelabur asing misalnya sejajar dengan objektif Malaysia untuk dibangunkan sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa.

Kep...baca artikel ini seterusnya di dalam blog PM 1Malaysia

Aku hari ini online menyusur ke laman Perdana Menteri yang amat aku hormati. Idea-idea beliau memang hebat. Banyak kejutan-kejutan yang beliau lakukan demi untuk menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara maju yang hebat di mata dunia.

Aku melihat beliau menitik beratkan tentang kemakmuran rakyat lebih dari segalanya. Kita duduk dalam sebuah negara yang Majmuk dan maksud 1 Malaysia yang dilaungkan oleh beliau amat aku puji dan aku tanamkan di dalam diri. Korang semua online ke laman 1Malaysia dan bacalah amanat-amanat beliau malah beliau juga menulis diari beliau di dalam laman tersebut. Aku nak terus membaca... korang teruskan online..

Reblog this post [with Zemanta]

0 comments: