Monday, April 27, 2009

Cari Kerja Online

Flag of MalaysiaImage by elmar via Flickr


Panas sungguh cuaca hari ini. Sampai malam terus terasa bahangnya lagi. Tapi seperti biasa aku tetap online. Korang semua online ke tu???.

Hari ini aku melayari laman-laman cari kerja di Malaysia. Andainya ada kerja yang sesuai dengan aku boleh la jugak aku cuba try. Untung-untung dapat. Sekarang ini banyak syarikat yang mula buat masalah kepada pekerja-pekerjanya. Ye la mana la tahu bila pekerja tu tak tahan lagi dia akan berhenti la kerja dengan syarikat tu. Kuranglah beban syarikat nak tanggung. Kalau nak buat perbehantian kerja secara sukarela alamat banyak la syarikat tu kena keluar modal. Susah jugakkan. Tapi takpe, aku online hari ini untuk melayari laman-laman cari kerja kat Malaysia ni. Mari korang semua sama-sama dengan aku melayari sama-sama.

Dalam perkara cari kerja online ni, antara laman pencari kerja yang paling popular adalah Jobstreet. Nama je dah menggambarkan kerja jalan, tapi bukan la kerja jual barang yang berjalan-jalan tu (salesman) macam-macam kerja ada kat dalam tu. Siap boleh pilih nak kerja gaji yang banyak mana. Pilih tempat kerja, sampai nak kerja oversea pun ada. Ikut selera koranglah nak keja yang macam mana. Jangan lupa tengok jugak kelayakkan yang korang ada jangan main hentam je isi. Laman ini bagi aku hanya bagi mereka yang mahukan jawatan-jawatan pertengahan. Banyak juga jawatan-jawatan yang rendah boleh diisi. Paling penting korang mampu berbahasa inggeris.

Selain dari Jobstreet saya juga melayari laman my.monster. Laman ini lebih kurang macam jobstreet tapi buka je laman ni terus korang kena isi resume dulu. Cara nak pilih dan cari kerja kat dalam tu sama je macam jobstreet. Laman-laman yang seangkatan dengan laman-laman ini adalah asiajob, workforce, starjobs, jobmarket dan banyak lagilah yang aku tak dapat nak tulis dalam ni. Buat semua yang penting cari la kerja yang terbaik untuk diri sendiri. Kerja dengan syarikat swasta ni gajinya lebih dan mudah untuk kenaikkan pangkat.

Aku online jugak ke laman cari kerja sektor kerajaan. Kerja dengan kerajaan ni terjamin sikit walaupun gajinya tidak la macam bekerja swasta. Tapi kemudahan untuk membuat pelbagai pinjaman amat banyak. Oleh kerana itu ramai kini memilih untuk bekerja dalam sektor kerajaan. Bukan apa kalau susah nak dapat pinjaman susah la sikit nak beli rumah, kereta malah nak berkahwin sekarang ni pun kebanyakkan orang meminjam. Kalau korang rasa nak bekerja dengan kerajaan cepat-cepat la daftarkan diri anda di gov.my dan jobmalaysia.

Carilah kerja bagi yang menganggur dan dibuang kerja. Macam-macam cara kita boleh cari bersumberkan online ataupun surat khabar. Jangan malu atau segan bertanya pada kawan-kawan kalau-kalau kat tempat diorang tu ada kerja kosong. Cukup-cukuplah kita menyusahkan ayah dan ibu kita. Cepat-cepatlah korang cari kerja. Online tetap online. Online pun satu kerja jugakkan. Yang penting korang online ke tu???

Aku nak teruskan online... jumpa lagi esok dengan cerita tentang online terbaru.



Reblog this post [with Zemanta]

0 comments: