Monday, May 4, 2009

Polis Merempit ???

Aerodynamic pose of Malaysian's Mat Rempit - M...Image via Wikipedia

"Polis merempit??? uhhh..gila-gila.."
"Apa nak jadi kalau polis dah merempit"
"Aku nak menang je... bau asap je la Mat-mat polis tu..hehehehe"
"Kalau polis himpit?... Aku kepit baring sikit 180 darjah gerenti macam Rossi"
"hahahahahahahaha"
"Kalau polis kacip?... Aku bagi la kat polis tu fatimah nya..."
"hahahahahaha"

"Apa la lu punya cerita kasi mat-mat polis hangin je!"
"macam mana gua tak hangin... Mat polis kasi ribut satu malaya..."
"merempit, rempit, kepit, aku jejak kau ke lubang cacing..."
"Macam mana nak On nie... penat je gua setting nak menang malam ni..."
"Polis tabur pasir dalam gua punye periuk.. gua hangin beb..."
"Lu jangan buat gila beb..."
"Mat polis cari aku pun angkat kaki la beb.."
"Tak boleh tahan la...celaka badan"

Apa la lu ni semua Mat rempit... Lu buat jalan gua lalu hari-hari macam lu je bayar roadtax. Lu mana ada bayar roadtaxkan???... Lu main la kat estate-estate tak nyusahkan aku dan jiran-jiran aku. Lu buat gua bengang la.

Zaman gua rempit jugak. Gua rempit takde la macam lu. Gua menang jugak beb tapi tak la macam lu... Gua kasi ingat.. rempit-rempit jugak jangan la merompak pulak. Lu gila apa. Mat polis lu kasi clear la nie mat rempit. Gua bengang, mak gua bengang, jiran gua pun bengang jugak.. lu setting macam lu duk flat lu bayar sorang. Lu rempit macam tar jalan tu empuk apa? Mehh sini gua kasi empuk...

Lu rompak pulak..uhhhh.. kasi panas la... Mat polis dah dapat kasi taruk diorg ni cukup-cukup... Gua bukan apa... gua nie sayang ngan nyawa lu tu... Lu pikir la.. baik lu lepak cc then online.. Lu online ke tu???



Reblog this post [with Zemanta]

Sunday, May 3, 2009

My Brute - Online games



Hari ini aku terjumpa satu laman online games. Aku baca semuanya dulu, ye la... mana la tahu kot-kot games tu hanya spam machine je. Setelah puas aku baca maka aku ambik keputusan mendaftar terus.



Cara permainannya mudah sangat. Korang cuma perlu daftar dan crate your Brute. Selepas dah crate korang akan terus boleh bertanding di Arena. Perlawanan tersebut akan terus automatik fight. Korang cuma lihat je. Lagi banyak korang belawan maka makin naik la level Brute korang. Memang simple sangat dengan games online ni. Dan aku bagi 8 dari 10 bintang. Enjoy dan seronok. Korang semua boleh join di MyBrute dan bertanding dengan Brute Onlineketu???. Aku yakin korang tak dapat kalahkan Brute aku ni... Banyak dah experience Brute aku ni... Apa tunggu lagi online dan daftar la di myBrute cepat dan kita terus ke Arena!!!



Aku nak teruskan online dengan MyBrute korang semua online ke tu???






Reblog this post [with Zemanta]

X-Men Origins: Wolverine Best ke???

X-Men-Origins-Wolverine-1501Image by plynoi via Flickr



Aku baru aje habis menonton cerita ini. Memang best dan menarik. Bagi yang meminati wolverine ini adalah cerita untuk anda. Aku bagi 8 bintang dari 10. Di dalam movie ini diceritakan siapa sebenarnya Wolverine, memang asalnya adalah dari puak mutan.

X-Men origins ini membawa flashback bagaimana bermulanya cerita mutan. Perkembangannya adalah disebabkan oleh Colonel William Stryker maka semua cerita ini bermula. Aku paling berminat dengan Wade atau Weapon XI, binatang yang dicipta oleh Colonel William Stryker untuk membunuh Wolverine.

Segalanya bermula adalah kerana Colonel William Stryker cuba membuat kajian dan menghasilkan senjata moden untuk menentang puak-puak mutan. Cuma 3 hasil yang berjaya diciptanya iaitu Wolverine, Weapon XI dan anaknya sendiri.

Bagi aku cerita ini mesti ditonton. Ianya padat dengan aksi dan komedi. Jadi apa tunggu lagi jangan asyik online je... korang online ke ni???





Reblog this post [with Zemanta]