Thursday, May 28, 2009

Download Hub Popular

onlineketu





Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua tentang tempat di web yang menjadi tempat Download Hub yang popular di laman sesawang atau pun internet ini. Apabila kita melayari internet selalu kita mencari software-software percuma untuk kita download. Games, lagu, video adalah perkara yang selalu kita cari untuk kita download. malah bagi merake yang pakar sedikit menggunakan internet ini, selalu mencari software-sofftware yang terbaru. Memandangkan ekonomi dunia yang tak menentu maka kita pun mencari laman-laman web yang menyediakan download-download percuma.

Hari ini saya membongkar dimana anda harus dapatkan download percuma ini. Hari ini saya cuma menyenaraikan laman yang menjadi tempat Download Free Hub sahaja.

Antara laman yang menjadi kegilaan untuk download free ini ialah:-

Softpedia:- laman ini mempunyai lebih kurang 500 000 software program dari window, unix/linux, mac, mobile phone, games dan driver. Ada diantara software di softpedia ini percuma dan berbayar untuk di download.

Download.com:- Cnet's adalah tempat menyimpan fail ataupun library yang hebat di dalam freeware dan percuma. Kandungan di dalam Download.com kebanyakannya adalah Windows software, digital photo software, educational software dan banyak lagi. Anda hanya perlu cari apa yang anda cari disini dan ianya percuma.

Open Source Mac:-Laman ini menyediakan kandungan download percuma yang terbaik untuk pengguna Mac Os x

Free Downloads Center:- laman ini menyimpan koleksi free download software, games dan goodies yang banyak. Laman ini juga selalu memberikan lesen software yang percuma untuk digunakan tetapi untuk hari yang anda downloadkan sahaja.

Tucows:- Laman ini menyediakan program-progaram yang original sahaja. Walaupun begitu ada juga program atau software itu pecuma. Tetapi shareware lebih banyak. Pastinya tiada scam di laman ini.

Phazeddl:- menjadi hosts download warez, games, torrents, movies, software, apps, scripts, TV shows, ebooks, templates dan juga ada disediakan key-gen untuk crack softwares.

Kesimpulan

Anda hanya perlu membuat pilihan. Adakah sotware percuma ataupun berbayar itu lebih bagus. Kadang-kadang yang percuma itu lebih bermakna. Saya hanya dapat memberikan anda maklumat tentang laman Download Hub ini. Anda yang memilih dan menentukan. Bijak dalam menilai sesuatu adalah penting untuk Download sesuatu software. pastikan ianya benar-benar perlu untuk kegunaan anda.






Reblog this post [with Zemanta]

Sunday, May 24, 2009

Dr Mahathir - Kisah 22 Tahun Pemerintahan.



Sorotan Kisah Dr Mahathir

Adakah Melayu Mudah Lupa? fikirkan sejenak...

Sajak Melayu Mudah Lupa Yang Menjadi Bualan Sehingga Kini

Aku dilahirkan pada tahun 1978. Aku membesar dengan ideologi-ideologi Dr Mahathir. Bermulalah kisah pandang ke timur, aku bersekolah dengan segala kemudahan yang cukup tiada cacat cela. Aku masih ingat aku menerima biasiswa sekolah yang mula di beri semasa Dr Mahathir manjadi Menteri Pelajaran. Aku besyukur dengan semua itu. Aku membesar dalam masa malaysia mula dikenal diseluruh dunia. PATA 1988 adalah Tahun Melawat Malaysia yang berjaya.

Aku bangga di saat itu melayu menjadi bangsa yang berjaya. Banyak syarikat dan ahli-ahli peniaga melayu mula bangkit mencipta nama. Negara aman dan makmur. Segala kejayaan di kongsi bersama. Tahun 1985, aku duduk di depan kaca TV melihat buat pertama kali kereta Proton di pandu di jambatan Pulau Pinang oleh Beliau. Aku benar-benar bangga. Aku benar-benar berterima kasih dengan segalanya.

Hari ini aku mencoret kisah di dalam Blog ini, adalah hasil dari pemikiran beliau yang ingin menjadikan Malaysia Hub IT dunia. Tertubuhlah Cyberjaya. Ilmu internet di Malaysia ini adalah cetusan pemikiran Dr Mahathir. Oleh itu bangun kita semua wahai melayu, Jangan kita menjadi "Melayu Mudah Lupa" kerana perjuangan masih belum selesai.


CATATAN MASA TENTANG DR MAHATHIR











Reblog this post [with Zemanta]