Thursday, May 21, 2009

Cuti-Cuti Ke Pulau Mabul Sabah




Pemandangan Pulau Mabul dari udara

KENAL DULU PULAU MABUL

Wow!.. Memang cantik Pulau Mabul di Semporna Sabah ini. Pulau Mabul dikata kan adalah diantara 5 tempat menyelam terbaik di dunia kini. Anda Semua boleh amati keindahan Pulau Mabul ini melalui filem Duyung yang dibintangi oleh Saiful Apek Dan Maya Karin. Pulau Mabul ini terletak di pesisir pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia.

Pulau ini terkenal kerana dekat dengan Pulau Sipadan. Pulau seluas 21 hektar ini lebih besar dari Pulau Sipadan dan menjadi tempat tinggal kaum Bajau Laut yang merupakan salah satu etnik pribumi Negeri Sabah. Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak batu karang pelbagai jenis. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana banyaknya makanan plankton . Dasarnya tidak dalam, sesuai dengan kejadiannya sebagai pentas benua di Laut Sulawesi. Kedalaman sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti 'scuba diving'. Banyak sekali hidupan eksotik seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau, ketam, rumpai laut dan lain-lain lagi.

Alamak banyaknya ikan

tengok bestnya dia menyelam bersama penyu di Pulau Mabul

Apabila melihat gambar di atas ini membuatkan aku tidak sabar-sabar hendak kesana. Sesekali kena jugak rest dari online dan kerja untuk cuti-cuti Malaysia. Ok mari kita selidik lagi tentang Pulau Mabul ini.

BAGAIMANA HENDAK KE PULAU MABUL

Pemandangan Sipadan Water Village Resort

Memandangkan bandar Semporna tidak mempunyai lapangan terbang maka anda dinasihatkan agar menempah penerbangan ke Tawau dan mengatur supaya pengendali lawatan anda nanti menjemput anda untuk perjalanan selama satu jam ke jeti di Semporna. Perjalan bot ke Pulau Mabul mengambil masa 30 minit dari Semporna dan 20 minit dari Pulau Sipadan. Bagi mereka yang datang dari Semenanjung Malaysia bolehlah menempah tiket melalui Air Asia atau Malaysia Airlines ke Kota Kinabalu atau terus ke Tawau. Mungkin perjalanan anda pada hari pertama akan menyebabkan diri terasa penat tetapi kepenatan itu akan hilang apabila anda mula menjejakkan kaki di Pulau mabul itu nanti. Apa yang mampu anda lakukan masa itu hanyalah tersenyum puas dan sepuas-puasnya kerana anda dapat mengecapi keindahan alam ciptaan tuhan.


PENDUDUK PULAU MABUL



Pulau Mabul terbahagi kepada dua bahagian kampung. Satu dikenali dengan kampung ” Musu ” iaitu kawasan yang di diami oleh suku Palauk ( Orang Asli Laut ) dan satu lagi di diami oleh suku Suluk ( Pelarian Perang Filipina – Morror ). Suku Suluk ini apa yang saya tahu berasal dari selatan Filipina dan melarikan diri ke pulau ini lebih kurang 20 yang lalu.

Mereka di iktiraf sebagai ” Pelarian Perang ” oleh United Nation . Mata pencarian mereka memancing ikan Tuna dan Ikan yu. Mereka beragama Islam dan amat taat dengan Agama . Namun peredaran masa membuatkan mereka terpaksa menerima hakikat dengan cara pakaian dan budaya pelancong dari luar negara. Kehidupan mereka boleh dikatakan mulai maju dan dari segi ekonomi mereka adalah lebih baik dari suku Palauk.

Kebanyakan dari mereka telah memiliki keterangan diri sebagai Warga negara Malaysia. Mereka juga mahir dalam membuat perahu yang dikenali dengan nama ” Jongkong ” dan perahu ini menjadi simbol Pulau Mabul. Cara pembuatan tidaklah menggunakan peralatan moden sepenuhnya kerana kebanyakan alat yang digunakan adalah tradisional. Kini tidak ramai lagi warga tua pembuka Pulau ini dikalangan mereka, namun warisan mereka kekal dan diteruskan oleh anak dan cucu hingga ke hari ini.




DIMANA INGIN ANDA MENGINAP DI PULAU MABUL

Di Pulau Mabul ada tersedia resort-resort yang menanti kedatangan anda. Setiap penginapan disertakan dengan pakej-pakej yang menarik. Anda cuma perlu menempah lebih awal supaya mendapat tempat yang selesa. Antara resort yang dapat anda sewa ialah :-



Sipadan water village resort

Sila lawat laman Sipadan water Village resort


Borneo Divers Resort

Sila lawat laman Borneo Divers

Seaventures Dive Platform resort

Sila lawat laman Seaventures Dive Platform

Mabul Water Bungalows

Sila lawat lamanMabul Water Bangalows

Anda boleh terus menempah pakej yang tersedia di resort-resort di atas atau pun di resort-resort yang lain. penting buat anda adalah menilai dahulu sesuatu resort sebelum membuat tempahan.

AKHIRNYA

Tiada yang terindah selain dari tanah airku sendiri. ihatlah betapa indahnya ciptaan tuhan yang menjadikan banyak tempat di Malaysia sebagai syurga destinasi pelancongan dunia kini. Sebagai rakyat Malaysia kita semestinya berbangga dan kita bersama-sama menjaga keindahan tempat-tempat pelancongan ini. Aku berharap suatu hari nanti aku akan dapat menjejakkan kaki ke Pulau mabul ini. Selain pulau ini banyak lagi pulau-pulau pelancongan yang terdapat di malaysia. Kita cuma membuat pilihan mengikut budget sendiri.

Salam dari saya buat semua. Online saya ke Pulau mabul tamat di sini, Anda semua Online ke tu???.








Reblog this post [with Zemanta]

4 comments:

affa said...

pulaunya keren ya
sejuk tenang masih original

benar benar indah

grafis

Mohd Rizal said...

Memang cantik dan indah... Kalau affa nak kesan beritahu saya. Sebab nak join sekali.

Rahma said...

salam rizal... next time lawat la ke pulau2 tmn marin tunku abdul rahman d KK pulak ^-^

Mohd Rizal said...

nanti sy cuba pg-pg pulau gaya ek