Adakah Melayu Mudah Lupa? fikirkan sejenak...
Aku dilahirkan pada tahun 1978. Aku membesar dengan ideologi-ideologi Dr Mahathir. Bermulalah kisah pandang ke timur, aku bersekolah dengan segala kemudahan yang cukup tiada cacat cela. Aku masih ingat aku menerima biasiswa sekolah yang mula di beri semasa Dr Mahathir manjadi Menteri Pelajaran. Aku besyukur dengan semua itu. Aku membesar dalam masa malaysia mula dikenal diseluruh dunia. PATA 1988 adalah Tahun Melawat Malaysia yang berjaya.
Aku bangga di saat itu melayu menjadi bangsa yang berjaya. Banyak syarikat dan ahli-ahli peniaga melayu mula bangkit mencipta nama. Negara aman dan makmur. Segala kejayaan di kongsi bersama. Tahun 1985, aku duduk di depan kaca TV melihat buat pertama kali kereta Proton di pandu di jambatan Pulau Pinang oleh Beliau. Aku benar-benar bangga. Aku benar-benar berterima kasih dengan segalanya.
Hari ini aku mencoret kisah di dalam Blog ini, adalah hasil dari pemikiran beliau yang ingin menjadikan Malaysia Hub IT dunia. Tertubuhlah Cyberjaya. Ilmu internet di Malaysia ini adalah cetusan pemikiran Dr Mahathir. Oleh itu bangun kita semua wahai melayu, Jangan kita menjadi "Melayu Mudah Lupa" kerana perjuangan masih belum selesai.
CATATAN MASA TENTANG DR MAHATHIR
- 1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember.
- 1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union.
- 1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.
- 1953: Mendapat ijazah perubatan dari King Edward VII Medical College (yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura;
- 1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Star, Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis.
- 1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, Maha Clinic di Alor Star.
- 1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti Perikatan selepas beliau menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; Dr Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi.
- 1965: Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO.
- 1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.
- 1969: Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa dalam Pilihanraya pada 10 Mei, dengan 989 undi di kawasan Kotar Setar; beliau dikatakan kalah kerana kehilangan "undi Cina" apabila beliau mengumumkan bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk memenangi dalam pilihanraya;
- Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, berikutan pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul Rahman;
- Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September.
- 1970: Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan serentak.
- 1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac;
- Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan Malaysia (FIMA).
- 1973: Dilantik sebagai senator.
- 1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional;
- Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Pilihanraya 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding;
- Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September.
- 1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO, selepas memenangi dengan majoriti sebanyak 47 undi.
- 1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.
- 1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Hussein Onn pada 15 September;
- Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia (1 Jun 1978 - Julai 1981);
- 1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana Menteri Malaysia ke-empat pada 10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan;
- Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986) disamping memegang jawatan Perdana Menteri;
- Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah", "Kepimpinan Melalui Teladan", the "Dasar Pandang ke Timur", "Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan polisi pemulauan barang UK ("Buy British Last");
- Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung Malaysia untuk menyeleraskannya dengan Malaysia Timur;
- Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum;
- Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma)
- Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa Saham London pada 7 September, supaya memulangkan hakmilik lebih kurang 200,000 ekar tanah pertanian kepada rakyat Malaysia.
- 1983: Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan, supaya rang undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dapat menjadi akta, selepas penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-sultan negeri masing-masing;
- Menubuhkan PROTON, sebuah projek kereta nasional.
- 1986: Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 27 Februari;
- Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia;
- Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping memegang jawatan Perdana Menteri;
- Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang lawatan rasmi Chaim Herzog, Presiden negara Israel.
- 1987: Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti yang nipis sekali pada 24 April;
- Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri Malaysia.
- 1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun Salleh Abas kerana menghalang perbicaraan tentang salah laku tata tertib semasa kehadapan UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah diharamkan oleh Makhamah Tinggi);
- 1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari 1999) di samping memegang jawatan Perdana Menteri.
- 1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri;
- Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan, selepas peristiwa Douglas Gomez;
- Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin Australia merosot apabila Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai seorang yang degil ("recalcitrant") kerana enggan menghadiri Persidangan APEC.
- 1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya mengatasi Krisis Ekonomi Asia 1997.
- 1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan dan dalam UMNO pada 2 September;
- Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan peliwatan dan penyalahgunaan kuasanya; Anwar dihadapkan ke makhamah pada 2 November;
- Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama baik negara Malaysia di Persidangan APEC yang pada masa itu dianjurkan oleh Malaysia.
- Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri;
- Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13 bilion;
- Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88 tingkat, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia;
- Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah TIME.
- 1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari, di samping memegang jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis Ekonomi 1997;
- Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang memainkan peranan yang penting dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia.
- 2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001) disamping memegang jawatan Perdana Menteri.
- 2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;
- Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat penangguhan selama 18 bulan.
- 2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003 dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti; beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin negara Asia yang paling lama perkhidmatannya;
- Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia.
- 2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran "Datuk Seri Utama".
0 comments:
Post a Comment